Saturday, January 10, 2009

Setem Malaya


Memang tidak dinafikan bahawa setem Malaya sudah tidak digunakan lagi pada masa kini dalam sebarang urusan surat menyurat. Maklumlah, kita hari ini bukan lagi berpijak di bumi Malaya, bahkan perkataan Malaya itu sendri telah ditukarkan kepada Malaysia.




Namun begitu, bagi sesetengah pihak yang lain, Setem Malaya ini amat digilai mereka terutamanya bagi penggemar barangan antik dan pengumpul setem. Pada mereka, memiliki setem Malaya adalah satu kebanggaan dan tidak semua orang berpeluang memiliki setem Malaya ini. Saban tahun, harga setem Malaya ini terus meningkat dari semasa ke semasa bahkan semakin ramai orang berebut-rebut untuk menambahkan bilangan koleksi setem Malaya mereka.




Pada acik, memiliki beberapa keping Malaya adalah satu anugerah yang tidak ternilai sebagai salah seorang pengumpul setem di dunia umumnya dan di Malaysia khususnya. Bukannya apa, setahu acik, setem Malaya yang masih baik kualitinya mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.



Apapun acik sudi bertukar dengan sesiapa pun yang mahu bertukar-tukar setem dengan acik asalkan acik mempunyai sekurang-kurangnya 2 keping setem yang sama dan bertukar dengan setem yang bersesuaian dan berbaloi dengan setem yang ditukarkan. Di sini acik sertakan beberapa keping setem Malaya yang acik simpan dalam koleksi acik. Sesiapa yang berminat untuk bertukar setem dengan acik, bolehlah berbincang dengan acik.

Sehingga hari ini acik masih belum terfikir untuk meniaga setem-setem Malaya ini. Cukup sekadar bertukar-tukar untuk menambah kenalan dan berkongsi pengalaman.

3 comments:

  1. salam acik
    sy mohd nazri nak tanya kot2 acik ader setem
    1:malaya 10c yg pic harimau (negeri perlis )
    2:malaya 50c (negeri trengganu)
    3:malaya 2c (negeri trengganu)
    sekira acik ada info lah kat sy..mnaza_04@yahoo.com..sy sedia tukar dgn setem malaya yg lain
    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. encik ada berminat nak menjual setem.. sekiranya nak menjual boleh la email saya nazmimokhat@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Saya ada simpan beberapa setem
    Malaya.kalau nak tengok gambar Boleh wassap sy 0187860729

    ReplyDelete