Saturday, January 10, 2009

Setem Malaya


Memang tidak dinafikan bahawa setem Malaya sudah tidak digunakan lagi pada masa kini dalam sebarang urusan surat menyurat. Maklumlah, kita hari ini bukan lagi berpijak di bumi Malaya, bahkan perkataan Malaya itu sendri telah ditukarkan kepada Malaysia.




Namun begitu, bagi sesetengah pihak yang lain, Setem Malaya ini amat digilai mereka terutamanya bagi penggemar barangan antik dan pengumpul setem. Pada mereka, memiliki setem Malaya adalah satu kebanggaan dan tidak semua orang berpeluang memiliki setem Malaya ini. Saban tahun, harga setem Malaya ini terus meningkat dari semasa ke semasa bahkan semakin ramai orang berebut-rebut untuk menambahkan bilangan koleksi setem Malaya mereka.




Pada acik, memiliki beberapa keping Malaya adalah satu anugerah yang tidak ternilai sebagai salah seorang pengumpul setem di dunia umumnya dan di Malaysia khususnya. Bukannya apa, setahu acik, setem Malaya yang masih baik kualitinya mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.



Apapun acik sudi bertukar dengan sesiapa pun yang mahu bertukar-tukar setem dengan acik asalkan acik mempunyai sekurang-kurangnya 2 keping setem yang sama dan bertukar dengan setem yang bersesuaian dan berbaloi dengan setem yang ditukarkan. Di sini acik sertakan beberapa keping setem Malaya yang acik simpan dalam koleksi acik. Sesiapa yang berminat untuk bertukar setem dengan acik, bolehlah berbincang dengan acik.

Sehingga hari ini acik masih belum terfikir untuk meniaga setem-setem Malaya ini. Cukup sekadar bertukar-tukar untuk menambah kenalan dan berkongsi pengalaman.

Di Sebalik Sekeping Setem

Sedang Acik melayari internet sambil melihat gambar-gambar setem dari serata tempat, ada dua keping setem yang betul-betul menarik perhatian Acik. Acik bukan saja tertarik dengan design setem tersebut bahkan apa yang lebih menarik ialah kisah di sebalik setem tersebut.
Justify Full
Secara ringkasnya, Israel didiami oleh sebuah masyarakat yang berbangsa Yahudi. Dari sudut sejarah, Yahudi merupakan sebuah masyarakat yang tidak mempunyai negara dan menumpang di negara lain terutamanya Palestin.


Setem Israel


Setem Palestin



Setelah sekian lama menghuni Palestin, akhirnya masyarakat Yahudi telah berjaya menguasai 2 per 3 dari tanah Palestin sebagai penempatan mereka. Dan mereka juga telah berjaya menubuhkan sebuah negara yang bernama Israel secara haram dengan sokongan AS sekitar pertengahan pertama abad ke20.

Bangsa Yahudi ini sangat kejam dan kekejaman mereka semakin jelas akhir-akhir ini apabila mereka melakukan serangan ke atas rakyat Palestin bermula 27 Di lalu sehingga ke hari ini. Dari sudut etika peperangan pula, mereka telah melanggar beberapa etika utama peperangan dunia. Di dalam etika peperangan (setahu acik), mana-mana pihak tidak boleh menyerang sekolah dan rumah ibadah. Namun sehingga hari ini, Yahudi telah menyerang beberapa buah masjid dan lebih dari 3 buah sekolah sehingga membunuh ratusan kanak-kanak dan orang awam.

Kesimpulannya, disebalik sekeping setem terpapar kisah tersendiri berdasarkan kaca mata seseorang yang melihatnya. Mungkin kisah yang acik kongsi ini lahir dari kacamata acik sebagai salah seorang peminat setem. Anda pula bagaimana?


(Jika ada sebarang kesalahan sila tegur)

Tahun Baru

Masih belum terlewat rasanya untuk acik ucapkan selamat hahun baru Hijrah dan tahun baru masihi kepada semua. Sedar tak sedar, usia kita semakin menigkat. Bagi peminat setem, mungkin ada yang sudah berkira-kira tentang koleksi setem yang berjaya dikumpul sehingga hujung tahun lalu.

Sepanjang cuti semester lepas acik sempat mengemaskini koleksi yang acik ada, cuma agak terkilan sebab setem kartun Kampung Boy keluaran 1 Disember 2008 tak ada rezeki acik nak beli. Dahlah setem tu sempena minggu setem Malaysia. Masa acik ke pejabat pos tempat acik, setem tu dah habis dijual. Maklumlah, ada yang beli dengan banyak sekali gus.

Adatlah kan? Siapa cepat dia dapat. Cadangnya nak buat akaun soda. Mudah sikit. Tapi acik lebih suka beratur di pejabat pos masa hari keluaran setem. Boleh tengok macam-macam orang. Tua, muda dan kanak-kanak. Ada jugak meja-meja yang menjual setem-setem lama.

Siapa tahu di mana acik boleh dapatkan setem Kampung Boy yang acik terlepas tu? boleh informkan kepada acik. Apa-apa acik sertakan gambar koleksi acik sehingga 31 Disember 2008. Acik tahu mesti ada orang yang lebih banyak koleksinya daripada acik. Tapi sesuailah dengan usia hobi acik nih. Kan?