Monday, December 29, 2008

Album setem buatan.

Terdapat banyak cara nak simpan setem. Ada orang gune album setem yang memang ada jual di pasaran, ada jugak yang gune album gambar berpelekat tapi mungkin boleh merosakkan setem. Tak kurang jugak yang simpan setem dalam balang je. Bagi sesiapa yang inginkan kelainan dan rajin boleh mencuba cadangan acik untuk menyediakan album setem sendiri selain kos yang agak murah.

Berikut adalah bahan-bahan yang perlu disediakan.




















Langkah 1














Potong plastik pembungkus kepada 2 bahagian. Bahagian satu lagi boleh digunakan lagi untuk setem yang lain.


Langkah 2














Masukkan setem ke dalam plastik yang sudah dipotong tadi. Anda digalakkan untuk menggunakan penyepit bagi menjaga kualiti dan warna setem.


Langkah 3














Kemaskan potongan plastik pembungkus bersesuaian dengan saiz setem. Disarankankan supaya saiz plastik yang dipotong besar sedikit daripada saiz setem.


Langkah 4














Lekatkan pita pelekat @ double tape di atas plastik bahagian belakang setem.


Langkah 5














Lekatkan plastik pada kad hitam. Anda boleh menyusun setem mengikut kreativiti anda.


Hasilnya




D

























Anda disarankan untuk menggunakan folder sijil sebagai album. Selain itu, setem anda akan lebih terpelihara daripada rosak dan boleh dialihkan dengan mudah pada bila-bila masa. Selamat mencuba.


(Sekadar berkongsi)

Bermula di sini


Tak sangka Acik boleh terjebak dengan hobi mengumpul setem. Dari suka-suka sehingga jadi minat. Semuanya gara-gara abang acik yang mendapat hadiah sebuah album setem dan beberapa keping setem dari Mesir (kalau tak silap) sempena hari lahir dia lebih sepuluh tahun yang lalu.

Ketika itu acik baru berusia 8 tahun. Waktu itu, hobi mengumpul setem di kalangan bebudak sekolah rendah adalah hobi yang paling digilai kanak-kanak. Kebetulan pulak abang acik tak berminat nak mengumpul setem jadi dia bagi albumnya kepada acik. maka bermulah epilog seorang pengumpul setem.haha

Zaman sekolah rendah, siapa yang ada setem luar negara adalah orang yang hebat dan dikagumi mengumpul setem yang lain di sekolah. Acik pun antara orang yang berusaha nak kumpul setem dari luar. Waktu tu jugak kakak acik bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah menengah. So memang banyaklah setem yang acik dapat. tapi rata-ratanya setem padi. kan?

Memang waktu tu semua orang terlalu obeses nak tambah koleksi setem luar negara termasuk acik. Sehinggakan ada ketikanya acik sanggup menggadaikan sepuluh setem tempatan semata-mata sekeping setem luar yang taklah cantik sangat. lucu betul bile teringat balik. maklumlah, otak pun tak fikir banyak.

Pernah jugak acik dengan kawan-kawan yang cerdik ckit pekena kawan yang slow tapi setem diorang memang giler best. maklumlah setem warisan ayah diorang. Kitorang bagi 2o sen dah boleh dapat sekeping setem Malaya yang memang susah nak dapat sekarang. Banyak jugak acik dapat. Haha. Dulu 20 sen tuh dah besar bagi budak-budak baya-baya acik.

Bila acik dah berumur sekitar 11 tahun, abang acik pulak kerja sebagai kerani di sebuah kilang. So dia selalu berurusan dengan pejabat pos, Sejak dari mase tu, acik mule berjinak-jinak dengan setem Malaysia yang keluar mengikut tema. Tapi biasalahkan, kanak-kanak mana ada duit sangat. So acik beli yang mana sempat je.

Dalam keluarga acik, Arwah ayah adalah antara orang yang banyak menyokong acik dengan hobi mengumpul setem nih. Selalunye acik akan cari uban di kepala Arwah ayah. 10 helai same dengan 10 sen. Tapi arwah ayah tak bagi upah duit sebaliknya dia bagi upah setem mengikut banyak mana uban yang acik dapat. kalau 30 helai, dapat setem 30 sen.

Selepas tamat sekolah rendah, acik masuk ke sekolah berasrama. Sejak dari tahun tersebut, Komitmen terhadap setem makin kurang dan hobi acik hampir terkubur. Kalau ada pun, tidaklah sebanyak dulu. Tamat SPM, acik menyambung pelajaran di Kelantan.

Pada 2007, acik menyambug pelajaran di Kuala Lumpur. So Sejak dari itu minat kembali membara. Sehingga hari ni, acik masih mengumpul kembali setem-setem yang dah terlepas. Nasib baik tempat belajar acik dekat dengan pejabat pos besar Daya Bumi. Dekat sana ada galeri setem yang menjual setem-setem lepas dengan harga yang sama. so bolehlah acik lengkapkan ape-ape yang kurang. Tapi agak terhad. Sehigga sekarang, masih banyak lagi setem acik yang belum lengkap.

InsyaAllah, nanti kalau ada kelapangan, acik letakkan koleksi acik dalam blog ni.

(Sekadar berkongsi)

Suara ta'aruf


Salam perkenalan. Ruangan maya yang masih muda ini sekadar mahu berkongsi minat dengan sesiapa sahaja yang mempunyai minat yang sama dengan Acik. Blog ini akan bercerita, berkongsi dan bertanya dengan teman-teman tentang hobi mengumpul setem.

Di harap sedikit sebanyak blog ini mampu memberi input kepada pembaca dan menambah input penulis sendiri tentang dunia masyarakat manusia yang gemar mengumpul setem atau berminat untuk mengumpul setem atau mahu menjual setem atau menukar setem atau berkongsi cerita atau petua tentang setem.

Acik adalah pengumpul mentah yang baru berjinak-jinak secara agak serius dalam dunia setem nih dan masih sifar pengetahuannya tentang dunia ini. Mungkin dengan kehadiran blog ini, orang-orang yang pernah bersua muka di ruangan ini sudi memberi nasihat, pandangan atau apa-apa saja demi kebaikan semua umumnya dan demi blog ini khususnya.

Akhir kata selamat bergembira.